Sunday, April 26, 2009

PESANAN IMAM AS-SYAFIE RAHIMAHULLAHU TAALA


Berkata Imam As-Syafie Rahimahullahu Taala kepada Rabie, ( Anak muridnya )

“ Wahai Rabie’! Redha manusia adalah matlamat yang tidak mampu dicapai, maka ke atas kamu apa yang memberi maslahah ke atas kamu, lazimilah ia, kerana sesungguhnya tiada jalan untuk mendapatkan Redha mereka. Ketahuilah: Sesungguhnya barangsiapa mempelajari AL-QURAN, ia amat mulia dimata manusia, barangsiapa mempelajari HADIS….kuat hujjahnya, barangsiapa mempelajari bahasa NAHU…hebat, barangsiapa mempelajari BAHASA ARAB….halus pekertinya, barangsiapa mempelajari HISAB…banyak pendapatnya, barangsiapa mempelajari FEQAH….mulia kedudukannya, barangsiapa tidak menjaga dirinya…ilmunya tidak memberi manfaat kepadanya, asas terpenting bagi keseluruhan yang demikian itu adalah…
“ BERTAQWA KEPADA ALLAH “

Buat renungan para Guru..

Kalau guru menunggu di arah
Semua kerja kena kerah
Kalau guru kurang mengajar
Dapat murid yang kurang ajar
Kalau guru suka bergurau
Anak didik semakin melampau
Kalau guru kurang bersedia
Dalam kelas banyak bercerita
Kalau guru tidak merancang
Dalam kelas banyak temberang
Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tak tahu punca
Kalau guru sentiasa sibuk
Kelas jadi hiruk pikuk

Kalau guru sentiasa marah
Murid keluar tak tentu arah
Kalau guru perangai bengis
Ramai murid pasti menangis
Kalau guru ada kepakaran
Ilmu diajar pasti berkesan
Kalau guru banyak ilmu
Apa diajar tidak jemu
Kalau guru beri latihan
Anak didik dapat kemahiran
Kalau guru beri motivasi
Amalan hidup ada kualiti
Kalau guru kuat semangat
Anak didik bertambah minat

Kalau guru beri pujian
Anak didik ada keyakinan
Kalau guru seorang penyabar
Anak murid cepat sedar
Kalau guru seorang penyayang
Anak didik menjadi cemerlang
Kalau guru jadi pembimbing
Anak murid mudah berdamping
Kalau guru bertolak ansur
Anak didik tahu bersyukur
Kalau guru kenal pelajar
Anak didik tidak liar
Kalau guru mendidik iklas
Anak didik tahu membalas

Kalau guru seorang pengasih
Anak didik berhati bersih
Kalau guru suka bertanya
Anak didik sedia mencuba
Kalau guru bercakap benar
Anak didik terus bersinar
Kalau guru sanggup berkorban
Anak didik berani kehadapan
Kalau guru suka simpati
Anak didik tahu empati
Kalau guru selalu nasihat
Anak didik berakhlak sihat
Kalau guru berjiwa takwa
Anak didik berkhlak mulia



Saturday, March 14, 2009

ANDALAH WANITA SYURGA


Keredhaan allah lebih indah daripada permata, lebih terang daripada sinaran matahari dan lebih jernih daripada serpihan kaca. Itulah yang merupakan impian setiap waniat beriman dalam mencari kebahagiaan hakiki. Wanita solehah merupakan insan yang menghiasi syurga-syurga Ilahi,sebagai harapan dan rindu dendam bagi insan soleh.

Wanita penghuni syurga adalah wanita yang melengkapkan dirinya dengan ilmu agama,akhlak karimah,budi pekerti yang luhur dan amalan-amalan yang mulia.Jika telah memiliki pasangan hidup,ia akan berusaha membina rumahtangga ke jalan yang murnidan suci. Sesungguhnya keredhaan suami terhadap isterinya itu merupakan pintu untuk mendapatkan keredhaan Allah yang lebih besar.

Hiasilah peribadi dengan iman,agar kehidupan sebagai seorang wanita memiliki erti bagi diri,keluarga,masyarakat dan agama..
Sabda Rasulullah:"Sahabat yang paling baik ialah apabila engkau memandanhnya engkau teringat akan Allah,apabila engkau mendengar percakapannya pengetahuan engkau tentang Islam bertambah,apabila engkau melihat perbuatannya mengingatkan engkau tentang kehidupan di Akhirat"
moga kita tergolong dikalangan sahabat yang begitu...amin